CUTE AND COOL~~~~~
Remy Ishak Mangsa Khabar Angin Kematian
KL, 20 JUN 2012: Murai Batu akui, kecanggihan laman sosial hari ini banyak membantu kita semua mengetahui perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di persekitaran kita. Tidak kira sama ada politik, sukan, jenayah, hiburan, fesyen, teknologi dan sebagainya, semuanya dapat kita perolehi informasi terkini dengan cepat.
Namun dari sudut kontra, laman sosial juga merupakan penyumbang utama kepada segala khabar angin sama ada yang positif atau negatif. Pihak yang tidak bertanggungjawab akan sesuka hati menyebarkan fitnah atau berita tidak tepat, semata-mata untuk menimbulkan spekulasi hangat sama ada untuk kepenitngan diri atau tidak.
Beberapa minggu lalu, kita dikejutkan dengan khabar angin bahawa pelawak veteran, Osman Kering telah meninggal dunia namun hakikatnya dia masih hidup dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Terbaru, pelakon terkenal Remy Ishak pula menjadi penyebaran khabar angin bahawa dia telah meninggal dunia semalam.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, telah menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Remy memberitahu selepas saja bangun daripada tidur petang semalam, dia dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa dia sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter.
Alhamdulillah, Remy sebenarnya masih hidup dan Murai Batu dapat merasakan bahawa dakwaan kematian Remy ini mungkin ada kaitan dengan kemasukannya ke hospital minggu lalu akibat demam panas.
Tidak tahu punca sebenar penyebaran khabar angin ini, dan Murai Batu sendiri tidak dapat meneka apa sebenanrnya niat orang yang menyebarkan khabar angin tersebut. Kalau nak 'bikin panas' janganlah mengaitkan tentang hidup mati atau nyawa seseorang. Benda ini bukan boleh dibuat main.
Nasihat Murai Batu, henti-hentikanlah tabiat yang tidak mendatangkan faedah ini.
No comments:
Post a Comment