wow~~~ Norman Hakim gembira Memey hamil.. WOW~~~~
WOW~~~ GEMBIRA~~~~~
Teruja dengan berita kehamilannya, pelakon Memey Suhaiza akui dia kini sedang dijaga rapi oleh suaminya, Norman Hakim.Memey memberitahu, sejak disahkan hamil enam minggu yang diketahui semalam, suaminya meminta supaya dia sentiasa berada di hadapan matanya.Namun, hasrat suaminya itu tidak dapat dipenuhi kerana masing-masing sibuk menjalani penggambaran drama secara berasingan."Alhamdulilah, kami sangat teruja selepas membuat pengesahan kehamilan di klinik semalam."Perasaan bercampur baur. Rasa berdebar sehingga menggigil seperti tidak percaya."Norman adalah orang yang paling gembira selepas saya. Akhirnya penantian selepas sembilan bulan berkahwin berbaloi."Dia yang risau dengan jadual kerja saya yang padat berhajat untuk memastikan saya sentiasa berada di hadapan matanya supaya senang diawasi."Namun,kami hanya boleh berbuat begitu jika salah seorang daripada kami tidak menjalani apa-apa pengambaran atau kerja,"katanya selepas dihubungi murai.com.my sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment