Friday, 29 June 2012

ishhh~~~~

Keena Mengaku Cucuk Muka, Disantau Lelaki


KUALA LUMPUR, 29 JUN 2012: Saban hari, semakin ramai artis yang memberanikan diri untuk tampil ke depan mengakui dirinya di santau orang.
Selepas Ifa Raziah, anak buah Awie dalam program Mentor 3 iaitu Keena pula mengakui dirinya telah terkena buatan orang.
Lebih berani lagi, Keena memberitahu individu yang menghantar benda jahat itu adalah seorang lelaki yang pernah menaruh perasaan terhadap dirinya.
Dalam pada itu, Keena pula dituduh sengaja mencipta cerita terkena buatan orang hanya kerana mahu mengejar populariti.
Selain itu, Keena juga dikhabarkan pernah merancang dengan Mohamad Mentor untuk berlakon bercinta di hadapan media demi meraih publisiti.
Sementara itu, Keena tanpa berselindung memberitahu ada cucuk di bahagian muka untuk menambah lesung pipit.
Ketahui pengakuan Keena menerusi segmen Mulut Murai di program Propaganza bersama ejen murai.com.my, Ajieb Rosdi.
Dalam masa yang sama, Detektif Stailista, Ayie Ali telah singgah ke pertunjukan fesyen Aviraya daripada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.
Menerusi segmen Stailista, Ayie sempat meneliti sama ada fesyen yang digayakan artis pada majlis itu Opps atau pun Stailista.
Antara artis yang dikritik adalah Ning Baizura, Ainul Aishah, Andrea Foseka dan Iz Sulaini.
Jangan lupa untuk menonton segala isu ini dalam Propaganza yang disiarkan Ahad ini (1 Julai 2012), jam 12 tengah hari di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Mustika HD (Saluran 134).
Sekiranya anda mempunyai berita dan gosip terkini mengenai dunia seni tempatan, lusuri twitter ejen murai, Ajieb Rosdi beralamat @AjiebRosdi.
Manakala seandainya anda mahu ketahui perkembangan dunia fesyen tempatan layari twitter Detektif Stailista, Ayie Ali di @Stailista.


No comments:

Post a Comment