Irma Hasmie Sah Jadi Isteri Redza Syah
.KUALA LUMPUR, 29 JUN 2012: Akhirnya dua hati yang dipertemukan di tanah suci Mekah iaitu pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dan pasangannya, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, selamat disatukan dengan ikatan yang sah di Dewan Persidangan Putrajaya, kira-kira jam 3.50, petang tadi.
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan yang diwalikan serta dinikahkan oleh bapa Irma sendiri iaitu Ibrahim Othmandi hadapan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muhd Redza Ahmad dan dua orang saksi dalam sebuah majlis akad nikah yang cukup manis.Pengacara jelita ini turut mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja dirinya sah menjadi isteri kepada Redza Syah yang merupakan seorang usahawan.Irma yang bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi telah dihadiahkan sebentuk cincin bertatahkan berlian untuk disarungkan ke jari manisnya oleh Redza bagi melengkapkan upacara membatalkan air sembahyang.
Pengantin lelaki telah memberikan mas kahwin sebanyak tiga dinar (RM 2,220) dan 11 dulang hantaran yang dibalas 13 dulang hantaran daripada pihak perempuan.Irma yang pernah dinobatkan sebagai Gadis Jelita diawal kemunculannya menerima wang hantaran berjumlah RM33,333.30.
Antara hantaran yang diterima Irma adalah jam tangan, set penjagaan kulit, coklat, sireh junjung, set mandian, kek dan manisan
Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah komputer riba, manisan, kek, kurma, dompet, cermin mata hitam, set haruman, baju, sejadah, Quran, sireh junjung dan cincin.Dengan bertemakan rona putih suci, majlis akad nikah yang dilangsungkan dengan meriah itu telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu daripada kalangan keluarga, saudara mara serta rakan terdekat pasangan pengantin.Irma telah berkenalan dengan Redza ketika menunaikan Umrah pada 14 Februari lalu dan telah mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu.Pasangan mempelai ini bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 1 Julai ini
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan yang diwalikan serta dinikahkan oleh bapa Irma sendiri iaitu Ibrahim Othmandi hadapan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muhd Redza Ahmad dan dua orang saksi dalam sebuah majlis akad nikah yang cukup manis.
Pengantin lelaki telah memberikan mas kahwin sebanyak tiga dinar (RM 2,220) dan 11 dulang hantaran yang dibalas 13 dulang hantaran daripada pihak perempuan.
Antara hantaran yang diterima Irma adalah jam tangan, set penjagaan kulit, coklat, sireh junjung, set mandian, kek dan manisan
Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah komputer riba, manisan, kek, kurma, dompet, cermin mata hitam, set haruman, baju, sejadah, Quran, sireh junjung dan cincin.

.jpg)



No comments:
Post a Comment