Friday, 29 June 2012

yea~~~ irma hasmie dah sah jadi isteri...


Irma Hasmie Sah Jadi Isteri Redza Syah














.KUALA LUMPUR, 29 JUN 2012: 
 Akhirnya dua hati yang dipertemukan di tanah suci Mekah iaitu pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dan pasangannya, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, selamat disatukan dengan ikatan yang sah di Dewan Persidangan Putrajaya, kira-kira jam 3.50, petang tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan yang diwalikan serta dinikahkan oleh bapa Irma sendiri iaitu Ibrahim Othmandi hadapan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muhd Redza Ahmad dan dua orang saksi dalam sebuah majlis akad nikah yang cukup manis.
Pengacara jelita ini turut mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja dirinya sah menjadi isteri kepada Redza Syah yang merupakan seorang usahawan.
Irma yang bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi telah dihadiahkan sebentuk cincin bertatahkan berlian untuk disarungkan ke jari manisnya oleh Redza bagi melengkapkan upacara membatalkan air sembahyang.

Pengantin lelaki telah memberikan mas kahwin sebanyak tiga dinar (RM 2,220) dan 11 dulang hantaran yang dibalas 13 dulang hantaran daripada pihak perempuan.
Irma yang pernah dinobatkan sebagai Gadis Jelita diawal kemunculannya menerima wang hantaran berjumlah RM33,333.30.

Antara hantaran yang diterima Irma adalah jam tangan, set penjagaan kulit, coklat, sireh junjung, set mandian, kek dan manisan

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah komputer riba, manisan, kek, kurma, dompet, cermin mata hitam, set haruman, baju, sejadah, Quran, sireh junjung dan cincin.
Dengan bertemakan rona putih suci, majlis akad nikah yang dilangsungkan dengan meriah itu telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu daripada kalangan keluarga, saudara mara serta rakan terdekat pasangan pengantin.
Irma telah berkenalan dengan Redza ketika menunaikan Umrah pada 14 Februari lalu dan telah mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu.
Pasangan mempelai ini bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 1 Julai ini

biar betul???

      Osman Kering Meninggal Dunia

Selepas hampir tiga minggu terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pelawak dan pelakon terkenal, Osman Kering, 58, telah menghembuskan nafas terakhir pada tepat jam 4.00 petang tadi.
Jika sebelum ini berita palsu kematiannya telah tersebar, namun kali ini berita kematian ini telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Seniman iaitu Zed Zaidi melalui laman Twitter rasminya, @RozaidiJamil, sebentar tadi.
Zed Zaidi yang bertindak membuat kenyataan tersebut setelah menerima panggilan telefon daripada isteri Osman Kering yang memberitahu dan mengesahkan sendiri pemergian dan ketiadaan suaminya itu.
Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim sebelum ini telah dilaporkan rebah di rumah beliau di Bandar Seri Permaisuri, Cheras berpunca daripada sesak nafas dan batuk kering.



Thursday, 28 June 2012

KESIAN REMY ISHAK....~~~


                              CUTE AND COOL~~~~~

Remy Ishak Mangsa Khabar Angin Kematian


KL, 20 JUN 2012: Murai Batu akui, kecanggihan laman sosial hari ini banyak membantu kita semua mengetahui perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di persekitaran kita. Tidak kira sama ada politik, sukan, jenayah, hiburan, fesyen, teknologi dan sebagainya, semuanya dapat kita perolehi informasi terkini dengan cepat.
Namun dari sudut kontra, laman sosial juga merupakan penyumbang utama kepada segala khabar angin sama ada yang positif atau negatif. Pihak yang tidak bertanggungjawab akan sesuka hati menyebarkan fitnah atau berita tidak tepat, semata-mata untuk menimbulkan spekulasi hangat sama ada untuk kepenitngan diri atau tidak.
Beberapa minggu lalu, kita dikejutkan dengan khabar angin bahawa pelawak veteran, Osman Kering telah meninggal dunia namun hakikatnya dia masih hidup dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Terbaru, pelakon terkenal Remy Ishak pula menjadi penyebaran khabar angin bahawa dia telah meninggal dunia semalam.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, telah menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Remy memberitahu selepas saja bangun daripada tidur petang semalam, dia dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa dia sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter.
Alhamdulillah, Remy sebenarnya masih hidup dan Murai Batu dapat merasakan bahawa dakwaan kematian Remy ini mungkin ada kaitan dengan kemasukannya ke hospital minggu lalu akibat demam panas.
Tidak tahu punca sebenar penyebaran khabar angin ini, dan Murai Batu sendiri tidak dapat meneka apa sebenanrnya niat orang yang menyebarkan khabar angin tersebut. Kalau nak 'bikin panas' janganlah mengaitkan tentang hidup mati atau nyawa seseorang. Benda ini bukan boleh dibuat main.
Nasihat Murai Batu, henti-hentikanlah tabiat yang tidak mendatangkan faedah ini.

sweet~~~~~ STACY tetap menjadi pilihan AKIM...

                                     ~~~~~~~ SO SWEET~~~~~~

     Stacy Tetap Jadi Pilihan Akim


                                      STACY AND AKIM.....



                                       BEAUTY STACY






                                     HENDSOME AKIM


                                     HOT COUPLE~~~~


KUALA LUMPUR, 28 JUN 2012: Meskipun bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Akim Ahmad tidak pernah mengaku dirinya sedang dilamun cinta bersama penyanyi, Stacy, namun mereka tetap menjadi pilihan untuk bekerjasama.
Terbaru, menerusi album sulungnya yang berjudul Akim Ahmad turut memuatkan sebuah lagu duet dengan Stacy berjudul Kembali.
Kali kedua berkolobarasi dengan Stacy, Akim Ahmad akui selesa digandingkan apatah lagi bekerjasama di dalam lagu yang begitu istimewa buatnya.
"Saya akui selesa dan mudah apabila bekerjasama dengan Stacy kerana dia memahami apa yang yang saya mahu dan suka.
"Lagipun sebelum ini kami pernah berkolaborasi. Tetapi ketika itu kami membawakan lagu rancak dan semua sedia maklum lagu rancak dah jadi identiti Stacy.
"Kini saya cuba dengan lagu balada. Apabila saya beritahu mengenai lagu ini dia terus berminat dan bersetuju untuk berduet bersama," katanya selepas pelancaran album Akim Ahmad di Restoran No Black Tie, petang semalam.
Selain Kembali, Akim turut mengembangkan bakatnya dalam penulisan lagu untuk mencipta sebuah lagi lagu berjudul Menunggu.
Album Akim Ahmad mengandungi sepuluh buah lagu yang terdiri daripada tujuh buah lagu baru.
Manakal tiga buah lagu lagi merupakan single popularnya yang dibawakan kembali dalam bentuk akustik.
Mengulas lanjut mengenai lagu ciptaanya, Kembali, Akim akui dia langsung tidak terbayangkan Stacy.
Sebaliknya menulis mengikut kisah rumah tangga orang lain yang pernah didengar.
"Lagu ini merupakan lagu tambahan yang diminta oleh produser album saya.
"Kiranya lagu Kembali adalah lagu yang saya cipta dalam saat-saat akhir.
"Nasib baik juga, Stacy sudi berduet dalam lagu yang dimuatkan untuk album saya ini," jelasnya lagi.
Selain Stacy, Akim turut memilih Fiq Mentor untuk berduet sebuah lagu berjudul Mesti Ada Cinta.
Sementara itu, Akim yang akui dirinya masih solo berkata hidupnya masih muda untuk memikirkan sola cinta dan hanya berhasrat untuk berkahwin ketika usianya mencecah 25 tahun.
"Saya tidak terfikir soal cinta sekarang ini. Lagipun saya masih muda dan sebagai lelaki pelbagai impian ingin saya realisasikan terlebih dahulu seperti memiliki kereta, rumah dan aset lain untuk masa hadapan saya dan bakal isteri kelak.
"Tambahan pula, kerjaya nyanyian saya baru stabil dan saya ingin memberi fokus terhadap perkara itu terlebih dahulu,"tambahnya lagi..



hah~~~ Ella nk NiKaH 7 JULAI NiE ?????

                    RATU ROCK NEGARA NK NIKAH dengan juruterbang ???

                                  MCM XCAYA JEW...

KUALA LUMPUR, 28 JUN 2012: Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara, Ella mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo pada 7 Julai ini.
Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, penyanyi yang baru saja memenangi pertandingan Mentor ini bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.
Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.
Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu.
Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.
Bagaimanapun, ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri.
Ternyata tatkala itu, Ella mahu fokus mendidik Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, yang baru saja dinobatkan sebagai juara Mentor pada 10 Jun lepas.



wow~~~ Norman Hakim gembira Memey hamil.. WOW~~~~

                                 WOW~~~ GEMBIRA~~~~~



Teruja dengan berita kehamilannya, pelakon Memey Suhaiza akui dia kini sedang dijaga rapi oleh suaminya, Norman Hakim.Memey memberitahu, sejak disahkan hamil enam minggu yang diketahui semalam, suaminya meminta supaya dia sentiasa berada di hadapan matanya.Namun, hasrat suaminya itu tidak dapat dipenuhi kerana masing-masing sibuk menjalani penggambaran drama secara berasingan."Alhamdulilah, kami sangat teruja selepas membuat pengesahan kehamilan di klinik semalam."Perasaan bercampur baur. Rasa berdebar sehingga menggigil seperti tidak percaya."Norman adalah orang yang paling gembira selepas saya. Akhirnya penantian selepas sembilan bulan berkahwin berbaloi."Dia yang risau dengan jadual kerja saya yang padat berhajat untuk memastikan saya sentiasa berada di hadapan matanya supaya senang diawasi."Namun,kami hanya boleh berbuat begitu jika salah seorang daripada kami tidak menjalani apa-apa pengambaran atau kerja,"katanya selepas dihubungi murai.com.my sebentar tadi.



Tuesday, 26 June 2012

Lee Dong Wook Makin Berani Tayang Body





SEOUL, 22 SEPT 2011:Selepas berlakon drama Korea Selatan kesukaan ramai, My Girl pada tahun 2005, nama pelakon kacak Lee Dong Wook, 30 terus dikenali ramai walaupun Murai Batu tahu dia sudah pun mula berlakon sejak 1999.
Memang Murai Batu tak dapat nak nafikan, cerita My Girl samgat bagus dan lakonan bersahaja Dong Wook cukup berkesan. Murai Batu juga diberitahu, rezeki Dong Wook melimpah ruah sehingga dia dan pelakon wanita My Girl iaitu Lee Da Hae dikatakan menjadi pasangan yang paling serasi.
Difahamkan juga, Dong Wook turut menjadi bintang Korea Selatan pilihan untuk membintangi filem bukan saja dterbitkan penerbit Korea Selatan tetapi dari Hollywood. Menyentuh mengenai persona yang ada pada Dong Wook, diawal pembabitannya sebagai pelakon, Dong Wook tidak seperti pelakon lelaki Korea Selatan lain yang mempunyai tubuh sasa.
Malah, Dong Wook juga dikhabarkan akan cuba mengelakkan melakukan babak-babak buka baju disebabkan tubuhnya yang kurus. Pun begitu, lain pula ceritanya sebaik saja Dong Wook tamat menjalani latihan tentera.
Murai Batu difahamkan, Dong Wook sekarang ini semakin berani bukan saja dalam melakonkan apa jua watak tetapi dalam bab melakukan adegan tidak memakai baju. Desas-desus juga dibuktikan menerusi lakonan Dong Wook dalam drama bersiri terbaru lakonanya berjudul Scent Of Woman.
Menerusi drama ini, Dong Wook yang berlakon bersama Kim Sun telah banyak melakukan aksi menayangkan badan. Malah, Dong Wook juga berani melakukan adegan atas ranjang.
Menurut sumber terdekat Dong Wook, pelakon kacak yang sering dibandingkan dengan Lee Min Hoo itu terlalu mengambil berat terhadap bentuk badannya.
Malah, setiap masa terluang, Dong Wook kerap melakukan senaman walaupun waktu itu dia berada di lokasi penggambaran. Dong Wook tidak akan mengelak untuk mencari masa 3 jam sehari untuk bersenam.
Tentang makanan pula, Murai Batu juga mendapat tahu, Dong Wook juga pasti meminta dada ayam dan kentang untuk menjadi makanan hariannya di kala tengah hari.
Murai Batu turut dimaklumkan Dong Wook menjadi sebegini selepas dia tamat kem tentera. Kata sumber, Dong Wook mendapat inspirasi selepas bergaul dengan abang-abang tentera.
Tak kisahlah apa jua yang dilakukan, Murai Batu yakin tindakan Dong Wook ini disebabkan dia mahu memberikan saingan kepada pelakon lain. Yelah, bukankah sekarang ada berlambak penyanyi K-Pop menjadi hero utama drama Korea Selatan. Sudahlah tu, kebanyakkan mereka mempunyai tubuh sasa dan berani buka baju. Contoh terdekat sudah pasti Siwon Super Junior dan Taecyeon 2PM.